Tuesday, December 20, 2016

8

hi

hari ni aku off day, so aku berhibernasi je lah kat rumah. pagi lepas subuh layan utube sedas. pastu basuh kain. jemur kain. angkat je belum lagi. pastu masak. pastu tido. bosannye hidup aku. petang mak teringin nak makan kuih. so buat lah kuih abuk abuk dan puteri mandi. abuk abuk cam tak jadi je. aku tak tahu ape salahnye. sebab aku guna manual resepi yang biasa dimana sukatan kelapa kurang bebanding sagu. besar kemungkinan salah sagu. bukan salah aku atau salah resepi. haha. puteri mandi tu febret pakwe aku. petang satgi nah hantar rumah pakwelah ni. lagipon lama dah tak jumpa pakwe. last masa dia datang kebetulan ade nasi daging mak baru belajar dan pakwe tak habis makan pastu aku yang habiskan. tu pon kira kira tiga minggu lalu.

sabtu lepas hari sanding ira. merangkap kawan masa universiti aku. hmm aku sedih tak dapat attend majlis dia. mana taknya, aku kenal dia masa minggu suai mesra kat u tau. masa tu kat dewan canselor. dalam ramai ramai orang hati aku terpikat kat dia je. and sampai lah habes sem aku kawan dia. raya tahun lepas pon dia datang melaka masa dia nak otw balik kedah. sebab first raya dia sambut kat johor. sedih dan kecewa sebab aku takda nak memeriahkan majlis dia. but kalau aku takdepon yelah majlis still berjalan, tapi aku still rasa teruk sebab takde kat sisi dia. aku harap dia masih anggap aku bestfren dia. kalau tak aku dah takde bestfren lain dah. peh dah macam lagu kekasih tak dianggap pulak. syahdu lak petang petang ni- sebab aku takde kawan yang dekat yang rapat so that's why kehilangan seorang kawan sangat memilukan tahu. hmm macam yelah tetiba hilang kan. eh tu kes lain. tu dah the end of the road and story. close book. case closed. fin

pasal kerja lak kalau ikutkan hati aku nak je cari kerja lain. tapi kalaulah cari kerja tu senang macam cari pasir kat tepi pantai takpelah. dengan ekonomi aku sekarang at least aku kene kerja sebulan dan lebih untuk aku ade wang buat modal nak menunggu kerja baru. ape orang puteh cakap the struggle is real. pray for mijah wkwkwkw

semalam balik je kerja aku tengok ade buah kiwi sebijik kat atas meja. pelik tapi nak tanya semua orang dah tido. lalu aku bercadang untuk bertanya pada keesokkan harinya. malangnya aku lupa nak tanye. tapi takyah tanya pon mak aku cerita. buah tu dan beberapa jenis makanan lain yang dah habes telah diberi oleh nek ida merangkap nenek sedara aku. anak dia bertunang. anak nek ida ni kira mak sedara akulah tapi sebaya je dengan aku. dan dia seorang doktor. bertunang dengan seorang engineer. baru je kenal, tu pon abang yang kenalkan. dengau cite bulan 4 tahun depan langsungnye, hmm sekali dengau macam citer novel beb-tapi ianya kenyataan. bestkan. tp tu jalan cite dia. cite pahit dia aku tak tahu. jodoh dia dengan orang baik baik sebab dia pon baik. hmm dah dah pehal emo lak ko mijah

k bai




Tuesday, December 13, 2016

Pillow

Sejak aku kerja cashier ni, ade dah mula rasa sakit belakang. Sebab cashier kat berdiri je most of the time. Satu hari tu aku rasa sakit gila tula g belakang aku. Takpasti lah sama ada tulang belakang atau part belakang bahu kanan aku. Tapi aku pernah dengar ada satu tips nak hilangkan sakit belakang. Senang je. Tidur tanpa menggunakan bantal.

Dan ianya sangat berkesan.

Mulai hari itu aku tidak lagi tidur menggunakan bantal. Cuma ada selimut.

Tuesday, December 6, 2016

post tak bernombor

hi

post dimulakan dengan ayat cliche- eh da lama nau aku tak menulis. ni pon buka laptop sebab kak nai tempah kerja. tu pon tak banyak.

so em how's life?

hidup perlu diteruskan do

em

korang pon tahukan sebelum ni aku kerja ala acik acik kantin kat cafe kat kilang kat ayer keroh kat melaka. aku dah berhenti pon. sebelum berhenti tu sebenarnya aku ade pergi interview untuk assistance lecturer kat mmu. masa tu kak minah yang cakap ada vacancy. so aku apply je lah. oh kak minah tu sepupu aku- lect kat utem, sebelum ni dia lect kat mmu. so lepas tu aku dapat la panggilan dari mmu-masa tu 26 oct, dorang hantar email and call. dorang inform interview on 2 nov. so ada masa untuk prepare. nervous? memula tak- and lepas beberapa hari aku dapat email untuk g interview tu aku rasa down. entah, rasa macam mijah lecturer?-like seriously. lol- nampak tak confident level aku camne? haha. tapi 2 hari before interview aku rasa ok dah- bajet motivate diri sendiri- yeah mijah boleh- go go go mijah. lol

aku macam biasa sehari sebelum iv day usha la tempat. even mmu tu kat bukit baru je- aku mana pernah nampak entrance dia. so aku tanye la pakgad. sekali pakgad bangla- speaking only. k fine.

esok aku gerak dari rumah kol 9 even iv start kol 10. dan perjalanan hanya ambil masa 20 min sahaja dari rumah aku. aku candidate yang terawal.

memula aku bajet mungkin dalam 5 ke 6 orang yang datang untuk iv. sekali 11 orang and guess what? vacancy untuk position ni satu sahaja. masa tu aku dah mental breakdown dah adohai

and iv pon bermula. aku calon yang keempat

soalan biasa je

-tell me about yourself
-why you wanna be here as a lect
-and ade mock teaching- aku lect marketing mix 4 ps

lepas iv terus aku balik- dorang inform result akan diberitahu sehari selepas. dan untuk pengetahuan ko, kalau lepas iv ni, ade 2nd stage iv tau. tapi masa 1st iv tu aku agak confident la. interviewer masa tu 4 orang. semua dari cdp (centre of diploma program) so kiranya kalau aku berjaya lepas 1st and 2nd iv, aku akan mengajar budak2 dip la. faham?

so sehari selepas itu, aku pon terima panggilan yang aku berjaya untuk 1st iv dan dijemput untuk ke 2nd iv and ianya di mmu cyberjaya. aku dapat rasa yang aku lepas sebenarnya untuk 1st iv, sebab aku dapat yakinkan penginterview yang aku boleh. kah

so, esoknya aku pon g lah sorang dengan pak sedara aku yang kebetulan kerja teksi. tapi aku tak biasa pon dengan dia. tapi entah-redah je lah, janji aku sampai sana. tambang ayah aku sapot 50-50. tengkiu ayah. hmm kalau ada suami, suamilah sapot kot. oo tak lawak. ok

aku gerak dari rumah lepas subuh. iv pukol 9. kira ngam ngam lah kot. tapi aku sampai awal kot masa tu. dalam pukol 7. so aku bertapak lah sorang-sorang. pukol 8 baru aku nampak calon lain. rupanya ada lagi 4 orang lagi pesaing aku which is calon dari melaka yang aku jumpa masa 1st stage iv. sorang tu memg lecturer kat kolej mara- so she have an advantages la kan.  hmm

dan dipendekkan cerita aku terkandas pada interview yang kedua sekian harap maklum.

gila soalan presiden dia semua out of the box. boleh ditanya pasal kos aku secara detail. hmm aku dah hampir 4 tahun tinggalkan zaman u tahu. dan soalan soalan tak terduga lain- so, kesimpulannya aku tak berjaya meyakinkan tuan presiden. tamat ahha

dan

hidup perlu diteruskan

before aku dapat panggilan dari mmu, aku ade apply cashier kat jj.

so tu lah tempat kerja aku sekarang.

happy?

happy lah kot

ko yang create kabahagian ko kan

tak yah bergantung dengan orang lain

Allah ada

you're not alone

tapi kalau rase nak nangis tu nangis je.

sebab kadang kadang masa atas moto otw balik kerja pon aku boleh terlayan perasaan sendu. tu normal ok. tengok tengok 2 hari selepas itu period. hm perempuan

eh kejap je nak tahun depan

aku rase tahun ni berlari dengan sangat laju- lagi ayat cliche

btw,

keep calm and pray for Rohingya

pray for Palestine



fin