Thursday, August 24, 2017

badageniusa

Siapa yang akan terfikir meniru di dalam dewan peperiksaan menggunakan isyarat jari yang mewakili bunyi bunyi tertentu? Itulah yang telah dilakukan oleh watak utama dalam cerita bad genius yang aku tonton isnin lepas. watak utama-Lynn serta watak watak sampingan yang menghidupkan jalan cerita. Bagi aku, cerita ni ada kelas tersendiri dan aku memberi rate 4.5/5. cerita dimulakan dengan Lynn terpaksa berpindah sekolah dan and btw Lynn ni lah si genius. yuran pendaftaran sangat mahal dan oleh sebab itu guru besar telah menawarkan biasiswa penuh kepadanya atas kegeniusannya. Namun, biasalh-pasti ada hidden charge yang lain lain. Lynn dapat tahu selepas mencari gambar ibunya dan di sebalik gambar tersembunyi resit resit bayaran persekolahan Lynn (disorokkan oleh ayahnya, dan ibunya telah meninggal dunia).

Di sekolah, Lynn mendapat seorang kawan-Grace, gadis yang biasa biasa dalam pembelajaran dan amat tertekan kerana untuk membolehkan dia memasuki kelas seni apabendatahakutakingat, dia mesti dapat grad 3.5 and above (kalau tak silap akulah). Grace amat mengagumi kepandaian Lynn dan mengambil keputusan untuk menjadikan Lynn sebagai mentornya. Namun, mungkin sebab lembap sangat, semuanya tak berhasil. Tibalah hari peperiksaan, Grace sangat risau. Dan Lynn dapati kertas peperiksaan yang mereka duduki sebijik soalan latihan yang pernah ditunjukkan Grace kepadanya. dan paling malang Grace langsung tak dapat ingat semua soalan tersebut. Disebabkan simpati dengan Grace, Lynn telah nekad menulis jawapan objektif pada pemadam (yang ada pembalut kertas tu)- lalu dimasukkan ke dalam kasut dan ditolak kebelakang (disebabkan kedudukan Grace adalah dibelakang Lynn semasa exam). Taktik itu telah memberi kejayaan besar kepada Grace dan lulus dengan cemerlang dalam exam tersebut seterusnya melayakkan dia menyertai kelab apabendatahakulupa tu.

Grace mempunya seorang teman lelaki yang juga biasa biasa dalm pelajaran (anak orang kaya ofcourse). Dan Grace telah menceritakan perihal itu semua kepada bfnya. dan bermulalah sesi peniruan berkelas yang dicipta Lynn. Dan tentunya ini dilakukan juga disebabkan wang atas sebab Lynn memerlukan duit membiayai pembelajarannya

malas nak tulis

fin

Tuesday, June 20, 2017

Cycle

Ya Rabb
What happen to me. I can't stop crying

Dia masih cuba untuk melelapkan matanya. Malangnya tiap kali di cuba air mata masih degil untuk mengalir keluar. Dadanya dirasakan begitu sesak. Hembusan nafasnya turun naik seakan menahan cungap. Tangannya sesekali menyeka air matanya. Sesekali terdengar sedu sedan. Bantalnya basah. Dia lantas bangun memandang dinding kosong. Dinding itu sekosong hatinya. Dia masih bingung. Bingung memikirkan asbab dia jadi begini sedangkan hari ini berjalan dengan baik sekali. Well not really laa except lepas dia ternampak seorang wanita dengan kelibat lelaki yang amat dikenalinya.

Tak mungkin sebab itu.
Aku tak punya rasa langsung dengannya
Mengapa perlu aku rasa begini?

Dia bermonolog.

Setelah lama termenung baru dia teringat.

Oh tengah bulan, patutla mood swing. Lantas menyemak period calendar pada telefon pintarnya.

Penat je pikir kenapa aku emo semacam.

Dia lantas senyum. Dan rasanya mood untuk tidur sudah datang.

Selamat malam dunia. Semoga ketemu esok. T

Sunday, May 14, 2017

Selamat Hari Ibu.

"Ina, tengokkan sambal mak ni. Mak nak pergi beli kelapa  parut. Petang karang nak masak bubur pulut hitam."

"Ok," balas Ina

Ina masih leka melayan chat dari rakan media sosialnya, Beetalk. 

Sesekali dia ke dapur untuk mengacau sambal di dalam kuali bagi memastikan ia tidak hangus.

Lalu, dia kembali semula ke ruang tamu melayani instagram pula.

Tiba-tiba deria baunya menangkap bau hangit dan hangus, sedarlah dia sambal ibunya telah hangus. Jantungnya berdegup laju.

Adohai, matilah aku!

Cepat-cepat dia merasa sisa sambal yang agak hangus itu – fikirannya kalau dia boleh fixkan rasa sambal itu dengan garam dan gula, namun rasa pahit lebih dominan.

Terus dia mencedok sambal yang hangus itu ke dalam mangkuk lantas memotong bawang besar, bawang putih dan sedikit ikan bilis.

Batu tumbuk diambil dari singki di bawa kemeja dan terus menumbuk bahan tersebut dengan kadar laju selaju denyutan jantungnya. Peluh diseka dengan tangannya.

“Harus dan wajib siapkan sambal sebelum mak pulang dari membeli kelapa parut.” Mulutnya mengomel.

Selesai menumbuk bawang, terus dia masukkan bahan itu ke dalam kuali yang sudah panas minyaknya. Berdesir bunyinya. Kali ini dia begitu fokus memasak sambal. Telefon bimbitnya diletak jauh-jauh. Gadjet itulah yang telah melalaikan dia tadi. Oh, baru nak salahkan gadjet.

Setelah dipastikan bahan tumisan agak kuning dan naik bau, Ina memasukkan lada mesin yang masih berbaki dari dalam peti sejuk. Agak lega jugak dia. Kalau tak mungkin dia akan kantoi dan terpaksa mendengar bebelan ibunya. Hehe

Setelah lada agak garing dia memasukkan garam dan gula. Sesekali merasa agar sambalnya sempurna.

Vrooommm, waktu yang tepat- akhirnya emaknya sampai kerumah sambil menjinjit seplastik kelapa parut.

Sambalnya sempurna. Ina tersenyum sendirian menzahirkan rasa puas hatinya-berjaya masak sambal. Jyeah

Kisah kegagalan yang ditampal dengan kejayaan dihujungnya.

Mak masuk kedapur seraya bertanya “Dah siap?”

“Dah nak. lagi sikit.” 

tamat


Selamat Hari Ibu kepada insan yang bergelar mak, ibu, umi, mama, mommy, etc.
Tabahlah kalian memikul amanah dunia
Dengan berbagai ragam anak-tak kiralah dah besar atau masih kecil.

Moga kalian dibalas dengan syurga. Amin….

fin




Thursday, April 6, 2017