Tuesday, December 20, 2016

8

hi

hari ni aku off day, so aku berhibernasi je lah kat rumah. pagi lepas subuh layan utube sedas. pastu basuh kain. jemur kain. angkat je belum lagi. pastu masak. pastu tido. bosannye hidup aku. petang mak teringin nak makan kuih. so buat lah kuih abuk abuk dan puteri mandi. abuk abuk cam tak jadi je. aku tak tahu ape salahnye. sebab aku guna manual resepi yang biasa dimana sukatan kelapa kurang bebanding sagu. besar kemungkinan salah sagu. bukan salah aku atau salah resepi. haha. puteri mandi tu febret pakwe aku. petang satgi nah hantar rumah pakwelah ni. lagipon lama dah tak jumpa pakwe. last masa dia datang kebetulan ade nasi daging mak baru belajar dan pakwe tak habis makan pastu aku yang habiskan. tu pon kira kira tiga minggu lalu.

sabtu lepas hari sanding ira. merangkap kawan masa universiti aku. hmm aku sedih tak dapat attend majlis dia. mana taknya, aku kenal dia masa minggu suai mesra kat u tau. masa tu kat dewan canselor. dalam ramai ramai orang hati aku terpikat kat dia je. and sampai lah habes sem aku kawan dia. raya tahun lepas pon dia datang melaka masa dia nak otw balik kedah. sebab first raya dia sambut kat johor. sedih dan kecewa sebab aku takda nak memeriahkan majlis dia. but kalau aku takdepon yelah majlis still berjalan, tapi aku still rasa teruk sebab takde kat sisi dia. aku harap dia masih anggap aku bestfren dia. kalau tak aku dah takde bestfren lain dah. peh dah macam lagu kekasih tak dianggap pulak. syahdu lak petang petang ni- sebab aku takde kawan yang dekat yang rapat so that's why kehilangan seorang kawan sangat memilukan tahu. hmm macam yelah tetiba hilang kan. eh tu kes lain. tu dah the end of the road and story. close book. case closed. fin

pasal kerja lak kalau ikutkan hati aku nak je cari kerja lain. tapi kalaulah cari kerja tu senang macam cari pasir kat tepi pantai takpelah. dengan ekonomi aku sekarang at least aku kene kerja sebulan dan lebih untuk aku ade wang buat modal nak menunggu kerja baru. ape orang puteh cakap the struggle is real. pray for mijah wkwkwkw

semalam balik je kerja aku tengok ade buah kiwi sebijik kat atas meja. pelik tapi nak tanya semua orang dah tido. lalu aku bercadang untuk bertanya pada keesokkan harinya. malangnya aku lupa nak tanye. tapi takyah tanya pon mak aku cerita. buah tu dan beberapa jenis makanan lain yang dah habes telah diberi oleh nek ida merangkap nenek sedara aku. anak dia bertunang. anak nek ida ni kira mak sedara akulah tapi sebaya je dengan aku. dan dia seorang doktor. bertunang dengan seorang engineer. baru je kenal, tu pon abang yang kenalkan. dengau cite bulan 4 tahun depan langsungnye, hmm sekali dengau macam citer novel beb-tapi ianya kenyataan. bestkan. tp tu jalan cite dia. cite pahit dia aku tak tahu. jodoh dia dengan orang baik baik sebab dia pon baik. hmm dah dah pehal emo lak ko mijah

k bai




No comments:

Post a Comment