Saturday, October 22, 2016

7

6

Shikin masih termenung mengigatkan kemalangan yang hampir menimpanya tadi. Jantungnya masih berdegup laju. Nafasnya tercungap-cungap bagaikan kekurangan oksigen. Dia keluar dari simpang secara melulu dan tanpa melihat kiri-kanan tadi. Mujurlah pemandu kereta dari jalan besar tadi sempat menekan break dan bernasib baik juga kerana tiada kenderaan lain di belakang kereta tersebut. Berdecit tayar kereta kesan daripada break yang ditekan secara tiba-tiba. sejurus itu, Shikin memberhentikan motorsikalnya di persimpangan jalan untuk meminta maaf kepada pemandu kereta itu. Ikutkan hatinya ingin saja dia pecut kerana terkejut dan tergamam. Namun bila memikirkan dia yang bersalah, dia perlu meminta maaf dari pemandu kereta tersebut. Kereta itu sudahpun diparkir di persimpangan jalan. Lantas keluar seorang perempuan pertengahan umur dari perut kereta Persona itu.

"Maafkan saya cik, saya tak perasan tadi." Shikin memulakan bicara. Mukanya ditundukkan kerana dia tak sanggup melihat wajah kelat wanita itu. Dia tahu dia bersalah.

"Awak bawak motor berangan ke? Nasib baik saya sempat break tadi. Kalau tak?" Marah wanita itu.

Shikin terdiam. Entah kenapa akhir-akhir ini fikirannya bercelaru. hatinya tak tenang. Setelah meminta maaf bersungguh sungguh, akhirnya wanita itu menerima maafnya. Itupun setelah dia diberi ceramah percuma lebih kurang 15 minit. Dia terus menaiki motorsikalnya menuju jalan pulang ke rumah tanpa dia ketahui ada kejutan yang lebih besar menantinya.

"Surprise!"



Monday, October 17, 2016

4

To smile or not to smile. It's my choice duh.
Seorang pakcik membeli sepeket asam dan membawanya ke kaunter untuk dibayar.
"Dik, senyumlah sikit, tak masuk rezeki nanti."
Sapa pakcik itu kepada Hana yang bermuka masam.

Teguran itu tak langsung berbekas di hatinya. Dia terus mengambil paket asam dari tangan pakcik tersebut dan mengimbas kod pada bungkusan asam itu.
"RM 3.50"

Pakcik itu terus membayar tanpa lengah dan terus keluar dari kedai serbaneka itu.

Hana bermonolog
Alahai pakcik, rezeki tu based on ko senyum or tak senyum ke camane? Ko judge camtu ke? Ko rase ko perlu ke senyum kat sume orang. Hei, hidup ni pilihan, so senyum pon pilihan jugak. Aku taknak senyum kat ko, tu pilihan aku. Kalau aku nak senyum kat kucing, tu pilihan aku jugak. Jangan nak judgemental sangat cakap orang muka masan rezeki tak masuk boleh?  Bebel fikiran  negetifnya.

Dan fikiran positifnya hanya sesekali menyampuk.
Ala pakcik tu saje je lah nak tegur. Bukan ada maksud ape pon. Tak salah pon nak senyum. Tu kan pelanggan, jadi apa salahnya senyum kat pelanggan.

"Hmmmmm" terdengar keluhan panjang Hana. Hari ini dirasakannya sangat panjang. Shiftnya akan berakhir jam 10 malam nanti. Tak sabar dia mahu meluruskan badannya di atas katil setelah seharian penat berdiri. Memandangkan hari ni Latif menganbil cuti sakit, terpaksalah dia berseorangan.

Sesekali matanya melihat jam dinding.

"Ding dong" seraya pintu kedai terbuka menandakan ada pelanggan masuk.

Dan kali ini dia memilih untuk senyum.

Yeah to smile or not to smile. It's my choice


Fin

Sunday, October 16, 2016

3

Kuih keria yang paling sedap ialah keria buatan ko sendiri dan bertambah tambah sedap bila ia dimakan panas panas masa hari hujan. Tapi semua benda akan jadi sedap bila hari hujan. Kan?
Kat melaka ni ada satu port keria paling ummmpphh  kat limbongan tapi aku tak penah nak pegi rasa pon. Mungkin ia sepopular coconut shake kelebang atau dah mengatasi coconut shake tu. Sebab kat melaka ni dah berlambak coconut shake. Cuma aku jadi hairan bila orang jauh dari kl datang semata mata nak rasa. Kl ade je kan? Ke tak? Coconut shake paling dekat dengab rumah aku ade je kat roundabout nak g duyung. Kalau dari bukit lintang ikut roundabout pusing kol 6 la. Dan wallah ko kene beratur gak if nasib ko tak baik datang memang orang tengah ramai. Tapi kalau ko malas nak tunggu ko boleh patah balik. Don't wori sebab kat area situ ade cendol seri serkam yang super marvelous which dia blander santan dengan air batu terus. So ko akan dapat texture santan yang agak berais halus. Santan dia sedap pekat dan tentu tentunye berlemak. Ditambah dengan gula melaka marvelous square root. Tu tempat febret mak. Mak boleh ngan 2 mangkuk. Perut aku cuma benarkan satu. Eh kita cerita pasal keria kan tadi?

Nak buat keria senang je lah. Cuma ia perlu kerajinan luar biasa kalau ko seorang yang azalinya pemalas. Macam aku kot. So basic ingredient  tentulah keledek. Amik keledek dan kupas pastu potong kecik kecik sikit supaya cepat empuk sebab kira nak rebus. Keledek tu make sure jangan amik keledek yang agak tua sebab nanti jenuhlah ko nak pilih urat urat dia. Pastu rebus dalam air yang cukup and campak garan sikit supaya kita dapat naikkan lagi rasa keledek tu. Masa rebus tu make surelah balik balik kan dorang supaya dorang masak sekata.

Dah siap and ko rasa dengan senduk kayu macam dah lembut tu kira oklah. Angkat and lenyek lanyekkan dorang dengan sukehati koranglah nak guna apa. Aku guna koleh air je. Lagi hancur lagi bagus. Pastu tambahkan sikit tepung ikut kelembutan la. Tapi jangan banyak sangat sebab nanti keria korang keras. Dan part paling mencabar bagi aku masa nak bentukkan dorang. Sebab salunya aku akan masuk tepung sikit so adunan dia akan lembik sikit. Masa nak bentukkan tu mak sure korang ready tepung untuk kurangkan kadar kelekitan dia. Pastu goreng dengan minyak penuh hingga perang kegoldan.

Gula dia ko letak air and gula. Kalau nak guna gula melaka tu pon boleh je. Dan ko kene masukkan keria tu pada masa yang betul. Kalau terlambat takut gula dah tak melekat dah kat keria tu. dah siap tu ngap la. Dan aku sure ko akan senyum masa makan sebab sedap. Tu pon kalau keria ko menjadilah. But atleast still ade effort untuk buat

Fin

2

'Ketak ketak ketak', bunyi keyboard yang ditekan Dila. Pada masa yang sama matanya tak henti henti membaca newsfeed di fb. Sekejap sekejap mulutnya dicebek dan kadang kadang dia tersenyum. Hmm dia tak tahu apa tujuan si munah contohnya mengepost gambar kahwinnya sedangkan dia dah 3 tahun kahwen. Hari ini saja munah sudah post lebih lima kali foto kahwinnya. Naik jelek matanya melihat baris baris ayat yang disertakan bersama foto tersebut. Ohh, si ali ni pula sudah tiga kali menayang foto kereta saga flxnya sambil posing maut. Yelah, ko sorang je ade kereta kan ali.

Dila terus scrool newsfeed difbnya. Terlihat dia foto barang persandingan dari sebuah page.
"Eh bila masa pulak aku like page ni." Lalu terus menekan butang unlike. Sambil itu otaknya ligat memikirkan waktu bila dia like page andaman perkahwinan itu. Tidak syak lagi, pasti semasa umurnya 21-25 tahun di mana adranalinnya untuk mendirikan rumah tangga mencanak naik. Tapi sejak masuk angka 26, keinginan itu seakan menurun dengan drastik. Memikirkan hutangnya dengan ptptn dan kerja yang tak menentu, dia dah buang rasa untuk itu semua.

Yeah, degree bukan tiket untuk dapat kerja bagus if ko tak guna semua potensi ko. Tapi most of the time, Dila akan elak untuk fikir perkara tu dan teruskan hidup macam biasa.
"Takpelah esok usha kerja lain". Oh itu hanya sekadar penyedap perasaan. Esok akan menjadi hari yang sama dan begitulah seterusnya.

Hand phone nya di tukar kepada flight mod. Jelek mendengar alert dari group wasap. Tidur lagi baik.

Fin