Thursday, August 24, 2017

badageniusa

Siapa yang akan terfikir meniru di dalam dewan peperiksaan menggunakan isyarat jari yang mewakili bunyi bunyi tertentu? Itulah yang telah dilakukan oleh watak utama dalam cerita bad genius yang aku tonton isnin lepas. watak utama-Lynn serta watak watak sampingan yang menghidupkan jalan cerita. Bagi aku, cerita ni ada kelas tersendiri dan aku memberi rate 4.5/5. cerita dimulakan dengan Lynn terpaksa berpindah sekolah dan and btw Lynn ni lah si genius. yuran pendaftaran sangat mahal dan oleh sebab itu guru besar telah menawarkan biasiswa penuh kepadanya atas kegeniusannya. Namun, biasalh-pasti ada hidden charge yang lain lain. Lynn dapat tahu selepas mencari gambar ibunya dan di sebalik gambar tersembunyi resit resit bayaran persekolahan Lynn (disorokkan oleh ayahnya, dan ibunya telah meninggal dunia).

Di sekolah, Lynn mendapat seorang kawan-Grace, gadis yang biasa biasa dalam pembelajaran dan amat tertekan kerana untuk membolehkan dia memasuki kelas seni apabendatahakutakingat, dia mesti dapat grad 3.5 and above (kalau tak silap akulah). Grace amat mengagumi kepandaian Lynn dan mengambil keputusan untuk menjadikan Lynn sebagai mentornya. Namun, mungkin sebab lembap sangat, semuanya tak berhasil. Tibalah hari peperiksaan, Grace sangat risau. Dan Lynn dapati kertas peperiksaan yang mereka duduki sebijik soalan latihan yang pernah ditunjukkan Grace kepadanya. dan paling malang Grace langsung tak dapat ingat semua soalan tersebut. Disebabkan simpati dengan Grace, Lynn telah nekad menulis jawapan objektif pada pemadam (yang ada pembalut kertas tu)- lalu dimasukkan ke dalam kasut dan ditolak kebelakang (disebabkan kedudukan Grace adalah dibelakang Lynn semasa exam). Taktik itu telah memberi kejayaan besar kepada Grace dan lulus dengan cemerlang dalam exam tersebut seterusnya melayakkan dia menyertai kelab apabendatahakulupa tu.

Grace mempunya seorang teman lelaki yang juga biasa biasa dalm pelajaran (anak orang kaya ofcourse). Dan Grace telah menceritakan perihal itu semua kepada bfnya. dan bermulalah sesi peniruan berkelas yang dicipta Lynn. Dan tentunya ini dilakukan juga disebabkan wang atas sebab Lynn memerlukan duit membiayai pembelajarannya

malas nak tulis

fin

No comments:

Post a Comment