Shikin masih termenung mengigatkan kemalangan yang hampir menimpanya tadi. Jantungnya masih berdegup laju. Nafasnya tercungap-cungap bagaikan kekurangan oksigen. Dia keluar dari simpang secara melulu dan tanpa melihat kiri-kanan tadi. Mujurlah pemandu kereta dari jalan besar tadi sempat menekan break dan bernasib baik juga kerana tiada kenderaan lain di belakang kereta tersebut. Berdecit tayar kereta kesan daripada break yang ditekan secara tiba-tiba. sejurus itu, Shikin memberhentikan motorsikalnya di persimpangan jalan untuk meminta maaf kepada pemandu kereta itu. Ikutkan hatinya ingin saja dia pecut kerana terkejut dan tergamam. Namun bila memikirkan dia yang bersalah, dia perlu meminta maaf dari pemandu kereta tersebut. Kereta itu sudahpun diparkir di persimpangan jalan. Lantas keluar seorang perempuan pertengahan umur dari perut kereta Persona itu.
"Maafkan saya cik, saya tak perasan tadi." Shikin memulakan bicara. Mukanya ditundukkan kerana dia tak sanggup melihat wajah kelat wanita itu. Dia tahu dia bersalah.
"Awak bawak motor berangan ke? Nasib baik saya sempat break tadi. Kalau tak?" Marah wanita itu.
Shikin terdiam. Entah kenapa akhir-akhir ini fikirannya bercelaru. hatinya tak tenang. Setelah meminta maaf bersungguh sungguh, akhirnya wanita itu menerima maafnya. Itupun setelah dia diberi ceramah percuma lebih kurang 15 minit. Dia terus menaiki motorsikalnya menuju jalan pulang ke rumah tanpa dia ketahui ada kejutan yang lebih besar menantinya.
"Surprise!"
No comments:
Post a Comment