Monday, October 17, 2016

4

To smile or not to smile. It's my choice duh.
Seorang pakcik membeli sepeket asam dan membawanya ke kaunter untuk dibayar.
"Dik, senyumlah sikit, tak masuk rezeki nanti."
Sapa pakcik itu kepada Hana yang bermuka masam.

Teguran itu tak langsung berbekas di hatinya. Dia terus mengambil paket asam dari tangan pakcik tersebut dan mengimbas kod pada bungkusan asam itu.
"RM 3.50"

Pakcik itu terus membayar tanpa lengah dan terus keluar dari kedai serbaneka itu.

Hana bermonolog
Alahai pakcik, rezeki tu based on ko senyum or tak senyum ke camane? Ko judge camtu ke? Ko rase ko perlu ke senyum kat sume orang. Hei, hidup ni pilihan, so senyum pon pilihan jugak. Aku taknak senyum kat ko, tu pilihan aku. Kalau aku nak senyum kat kucing, tu pilihan aku jugak. Jangan nak judgemental sangat cakap orang muka masan rezeki tak masuk boleh?  Bebel fikiran  negetifnya.

Dan fikiran positifnya hanya sesekali menyampuk.
Ala pakcik tu saje je lah nak tegur. Bukan ada maksud ape pon. Tak salah pon nak senyum. Tu kan pelanggan, jadi apa salahnya senyum kat pelanggan.

"Hmmmmm" terdengar keluhan panjang Hana. Hari ini dirasakannya sangat panjang. Shiftnya akan berakhir jam 10 malam nanti. Tak sabar dia mahu meluruskan badannya di atas katil setelah seharian penat berdiri. Memandangkan hari ni Latif menganbil cuti sakit, terpaksalah dia berseorangan.

Sesekali matanya melihat jam dinding.

"Ding dong" seraya pintu kedai terbuka menandakan ada pelanggan masuk.

Dan kali ini dia memilih untuk senyum.

Yeah to smile or not to smile. It's my choice


Fin

No comments:

Post a Comment